hadia cakes house

"Begin with Bismillah" HADIA CAKES HOUSE Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam Melaka Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,whatsapp 017-606-2541.
Showing posts with label Resepi Dapur. Show all posts
Showing posts with label Resepi Dapur. Show all posts

Thursday, 4 June 2020

Resepi Martabak Ayam



Baru hari ini, nak tulis resepi. Semalam nak share resepi, tapi Ummi malas nak menaip.😅

Suami Ummi cakap, Martabak ni sedap daripada luar. Ada masa suruh buatkan lagi. Sedap dan secukup rasa. Memang sedap gaiss..korang wajib cuba..😊

InsyaAllah..ada masa dan rajin, Ummi pun nak buat lagi. Yang nak cuba buat untuk berbuka puasa, resepi ada dibawah..

Bahan Kulit Martabak (dapat 6 biji)
Bahan-bahan A:
1 ½ cawan tepung gandum~ cap ros/baker choice's
1 tbsp marjerin pelangi
1 stp susu pekat
½ stp garam halus
Air

Bahan Inti Martabak
Bahan-bahan B:
1 mangkuk isi Ayam / daging / udang
5 ulas bawang putih~ ditumbuk
3 ulas bawang merah~ ditumbuk
Cili giling~ ikut pedas
1 pek kecil kari ikan Babas
1 kiub pati ayam Maggie
Minyak masak

Bahan hiasan C:
Daun sup~ dipotong halus
Daun bawang~ dipotong halus
Bawang merah~ dipotong halus
4-5 biji telur

Hiasan:
Sos cili/tomato
Mayonis

Cara buat Kulit Martabak:
• Campur semua bahan kecuali air.
• Gaul tepung terlebih dahulu kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
• Kemudian oleskan doh dengan marjerin.
• Susun dalam bekas dan tuangkan minyak masak.
• Rehatkan 3 - 4 jam baru dimasak. Buat pagi lagi bagus. Petang boleh dah buat Martabak.

Cara buat Inti Martabak:
• Isi ayam potong dadu dan bilas bersih, toskan dan ketepikan.
• Bawang merah dan putih tumbuk hingga halus.
• Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
• Masukkan cili dan masak sekejap kemudian masukkan kari yang dimasukkan air sedikit untuk jadikan paste. Masak hingga pecah minyak.
• Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam masak hingga kering. Guna api sederhana. Guna api kecil lagi, bagus.
• Wajib masak hingga kering.
• Dah siap masak angkat dan ketepikan.

Penyediaan bahan C:
• Potong halus daun bawang, daun sup dan bawang merah.
• Telur dikocok hingga sebati.
• Bahagi 6 inti martabak sama banyak dalam mangkuk.
• Kemudian masukkan telur dalam setiap mangkuk yang ada inti Martabak gaul sebati.
• Tebarkan kulit Martabak, buat hati-hati jangan koyak
• Kemudian masak diatas bekas yang sesuai, letak minyak sedikit, letak inti, lipat empat segi dan masak hingga kekuningan. Guna api kecil.
• Dah siap masak, potong² dan hiaskan dengan sos dan mayonis.

Ummi Umair,
Selamat mencuba!

#martabakayam #ramadan2020 #martabaksedap #resepiramadan

Saturday, 18 April 2020

Resepi Onde-Onde Labu



Alhamdulillah dah siap Onde-Onde Labu

Encik suami suruh buat. Semalam tak puas makan katanya. Semalam Ummi buat Onde-Onde Keledek Oren. Hari ni, Ummi buat Onde-Onde Labu.

Bagi Ummi, Onde-Onde ni lebih sedap daripada yang biasa tu. Yang hanya letak tepung sahaja.

InsyaAllah..jika ramai yang berminat, nanti Ummi share resepi. Dengan hanya satu resepi kita boleh olah nak letak apa yang kita suka. 😍

===========================================

Resepi Onde-Onde Labu

Bahan-bahan A:
400 gm labu
300 gm tepung pulut
Air

Bahan-bahan B:
1 biji kelapa parut
Gula merah

Cara buat:
• Labu dipotong dadu, cuci bersih dan kukus hingga lembut. Dah masak lenyek hingga halus dan ketepikan biar sejuk.
• Campur tepung, labu, air dan gaul hingga menjadi doh.
• Ambil doh secubit dan tekan-tekan hingga lebar sedikit dan masukkan gula merah. Tutup rapat dan genggam perlahan-perlahan.
• Susun atas talam yang dah ditabur tepung.
• Didihkan air hingga betul-betul mendidih dan masukkan Onde-Onde tadi.
• Masak hingga Onde-Onde terapung hingga kepermukaan. Tak perlu kacau. Biarkan je.
• Angkat dan toskan kemudian masukkan dalam bekas yang ada kelapa parut.
• Gaul Onde-Onde guna sudu hingga rata. Buat perlahan-perlahan.
• Susun dalam pinggan dan sedia untuk dihidang.

Nota:
• Kelapa wajib dikukus terlebih dahulu. Supaya kelapa lebih tahan lama dan tak mudah basi.

• Kalau nak kelapa ada rasa masin sikit, boleh letak garam.

• Masa tuang air kedalam adunan tepung, sikit-sikit ye tuang. Jangan masukkan air terlalu banyak. Nanti adunan jadi terlalu lembut.

• Bila doh terlalu lembut  atau tanpa sengaja terlalu banyak masukkan air, boleh tambah tepung sikit-sikit hingga menjadi doh yang keras dan senang dibentuk.

• Gula merah Ummi beli dibakery. Gula merah ni, memang dah dipotong halus. Jadi Ummi cedok guna sudu dan masukkan dalam doh.

• Masa korang dah masukkan gula merah dalam doh, cukup genggam je doh tu, dah cukup. Jangan nak bagi halus doh tu, tak pasal-pasal nanti gula merah tu terkeluar.

• Kalau nak letak pewarna, boleh letak. Ummi letak sedikit untuk menyerlahkan Onde-Onde tersebut.

• Akhir sekali, labu tu, korang boleh tukar Keledek Oren atau Ungu. Ikut korang nak letak apa. 😊

Selamat mencuba. Maaf, nota panjang sikit je..😅

Ummi Umair 🍩
HADIA CAKES HOUSE 🍩

#ondeondelabu #ondeondesedap

Monday, 13 April 2020

Resepi Onde-Onde Keledek Oren



Resepi Onde-Onde Keledek Oren

Bahan-bahan A:
400 gm keledek oren
300 gm tepung pulut
Air

Bahan-bahan B:
1 biji kelapa parut
Gula merah

Cara buat:
• Keledek dipotong dadu, cuci bersih dan kukus hingga lembut. Dah masak lenyek hingga halus dan ketepikan biar sejuk.
• Campur tepung, keledek, air dan gaul hingga menjadi doh.
• Ambil doh secubit dan tekan-tekan hingga lebar sedikit dan masukkan gula merah. Tutup rapat dan genggam perlahan-perlahan.
• Susun atas talam yang dah ditabur tepung.
• Didihkan air hingga betul-betul mendidih dan masukkan Onde-Onde tadi.
• Masak hingga Onde-Onde terapung hingga kepermukaan. Tak perlu kacau. Biarkan je.
• Angkat dan toskan kemudian masukkan dalam bekas yang ada kelapa parut.
• Gaul Onde-Onde guna sudu hingga rata. Buat perlahan-perlahan.
• Susun dalam pinggan dan sedia untuk dihidang.

Nota:
• Kelapa wajib dikukus terlebih dahulu. Supaya kelapa lebih tahan lama dan tak mudah basi.

• Kalau nak kelapa ada rasa masin sikit, boleh letak garam.

• Masa tuang air kedalam adunan tepung, sikit-sikit ye tuang. Jangan masukkan air terlalu banyak. Nanti adunan jadi terlalu lembut.

• Bila doh terlalu lembut  atau tanpa sengaja terlalu banyak masukkan air, boleh tambah tepung sikit-sikit hingga menjadi doh yang keras dan senang dibentuk.

• Gula merah Ummi beli dibakery. Gula merah ni, memang dah dipotong halus. Jadi Ummi cedok guna sudu dan masukkan dalam doh.

• Masa korang dah masukkan gula merah dalam doh, cukup genggam je doh tu, dah cukup. Jangan nak bagi halus doh tu, tak pasal-pasal nanti gula merah tu terkeluar.

• Kalau nak letak pewarna, boleh letak. Ummi letak sedikit untuk menyerlahkan Onde-Onde tersebut.

• Akhir sekali, keledek tu, korang boleh tukar labu atau keledek Ungu. Ikut korang nak letak apa. 😊

Selamat mencuba. Maaf, nota panjang sikit je..😅

Ummi Umair 🍩
HADIA CAKES HOUSE 🍩

 #ondeondesedap #resepimudah #resepisedap
#pengatkeledekoren #ondeonde #stayathome

Thursday, 9 April 2020

Resepi Cekodok Lembut Gebu. Wajib Cuba!!!



Highly recommend untuk ibu-ibu mencuba dirumah. Cekodok yang sangat lembut dan gebu.

Masa Ummi goreng, entah berapa biji masuk dalam mulut Ummi. Sambil goreng, sambil makan. Sedap!

Korang cuba ya buat, untuk anak-anak dan suami korang. Yang takde suami dan anak pun, boleh buat..😅 Resepi yang sangat mudah dan bahan pun mudah didapati.

Resepi Cekodok Lembut Gebu

Bahan-bahan A:
500 gm tepung gandum
11 gm yis~ saf instant
½ cawan gula pasir

Bahan-bahan B:
½ cawan susu cair~ tin
1 ½ cawan air

Cara buat:
• Campur bahan A kedalam mangkuk.
• Kemudian masukkan bahan B dan gaul sebati.
• Rehatkan selama 30 minit.
• Panaskan minyak guna api yang kecil. Minyak mesti panas ya, tapi guna api yang kecil. Jangan guna api yang besar. Nanti bahagian dalam cekodok tak masak.
• Masukkan adunan cekodok dalam minyak yang panas guna sudu makan atau tangan. Ummi guna tangan je. Mudah. Kalau korang nak guna sudu, sudu tu celup dalam minyak yang panas tau.
• Terbalik-balikkan dan goreng hingga kekuningan.
• Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.

Nota:
• Kalau korang nak guna air sepenuhnya pun boleh. Tapi rasa dia lainlah. Tiada rasa lemak-lemak gitu..😁

• Kalau korang buat, buatlah size yang comel-comel. Cekodok ni, bila digoreng akan mengembang.

• Cekodok ni, tetap lembut walaupun dah sejuk dan tak serap minyak..

Ummi Umair 🍩
HADIA CAKES HOUSE 🍰

#cekodok #stayathome #pkp #covid19 #resepicekodok

Wednesday, 8 April 2020

Resepi Roti Puri

 Korang yang masih mencari resepi untuk buat minum petang atau sarapan, Ummi nak bagi resepi yang mudah dan senang kalau rajin. Kalau malas, susahlah 😁

Roti Puri ni, sedap tau kalau dimakan bersama sardin atau sambal ikan bilis. Korang cuba ye..😊

Resepi Roti Puri @ Roti Belon

Bahan-Bahan A: (gaul sebati)
2 cawan tepung gandum
1 stp yis saf Instant

Bahan-bahan B:
1 tbsp susu pekat
1 tbsp marjerin pelangi
1 tbsp minyak
½ stp garam

Bahan C:
½ cawan air suam

Cara buat:
• Campur yis dan tepung, gaul sebati.
• Kemudian Masukkan Bahan A dan gaul lagi.
• Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan dan bekas.
• Bulat-bulatkan dan rehatkan selama 30 minit.
• Ambil satu doh, bulat-bulatkan dan ratakan dengan rollpin. Pastikan tipis ye.
• Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
• Masa menggoreng siram permukaan roti dengan minyak panas. Guna senduk kuali.
• Goreng hingga kekuningan.
• Angkat dan toskan. Sedia dihidang bersama sambal ikan bilis dan sardin.

Nota:
• Pastikan minyak betul-betul panas.  Kalau Tak cukup panas, roti akan jadi leper dan tak kembung.
• Gelek siap-siap adunan tepung supaya senang untuk sesi menggoreng.  Proses menggoreng mengambil masa yang singkat sahaja.
• Ratakan roti tidak terlalu tipis dan tidak terlalu tebal.
• Jika adunan terlalu lembut tambah tepung sikit-sikit. Jika terlalu keras tambah air ye.. Sikit sikit je 😊

Tiada teknik pun. Kalau jadi, jadilah. Kalau tak jadi, sabar je la 😅

Ummi Umair 🍩

#resepirotipuri #stayathome