hadia cakes house

"Begin with Bismillah" HADIA CAKES HOUSE Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam Melaka Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,whatsapp 017-606-2541.
Showing posts with label Diary Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Diary Kehidupan. Show all posts

Saturday, 12 March 2022

Hadiah Happy Anniversary



Alhamdulillah..
Terima kasih suamiku. Kerana gembirakan hati isterimu. ❤️

#beginwithbismillah #hadiacakeshouse #bakermuslimah #happyanniversary



Friday, 16 July 2021

Donut aku yang dulu & yang sekarang

#throwback.. tulisan ni tahun 2019. Baru nak letak kat sini.. 😅

Ummi nak share gambar Donut dan Bomboloni Ummi yang dulu dan yang sekarang.

Entah berapa kali Ummi buat Donut dan Bomboloni untuk dapat yang terbaik. Alhamdulillah, selama mencuba tak pernah lagi tepung Donut dan Bomboloni masuk dalam tong sampah. Walaupun pernah terlintas nak buang, tapi itu adalah amalan yang tak baik dan membazir.

Kadang Ummi buat Donut terlebih goreng, mengelembung, keras, rupa tak cantik dan macam-macam lagilah. Walaupun kejadiaanya tak cantik, Ummi akan buat hingga siap dan ambil gambar. Alhamdulillah, anak-anak dan suami menyokong dengan memakannya hingga habis.😅 Isi filling Bomboloni pun, comot. 😂

Bila kita selalu buat, kita akan tahu mana yang perlu diperbaiki untuk mendapatkan hasil Donut dan Bomboloni yang terbaik.

Jujur Ummi katakan, apa-apa yang Ummi tak tahu tentang bahan, Ummi akan google dan baca cara penggunaannya. Kadang nak tanya orang segan dan bukan semua orang sudi berkongsi ilmu.😁

Ummi Umair 🍩
HADIA CAKES HOUSE 
Suka buat Donut & Bomboloni | PJJ Donut | Bomboloni
Donut dan Bomboloni yang dulu 😂
Donut dan Bomboloni sekarang 😍 nak tengok lagi gambar donut sekarang, boleh tengok di Instagram (hadiacakeshouse), Page Facebook (HADIA CAKES HOUSE) dan blog ni. 😊 

Saturday, 1 February 2020

Rezeki yang tidak disangka-sangka

Kenangan, 27 Ogos 2019
(TV3, Wanita Hari Ini (WHI) 

Status ni, dah lama post difacebook. Hari ini, saya repost dan simpan disini buat kenangan.

"Minggu lalu, Ummi dapat panggilan dari pihak TV3. Ummi tak sangka, Ummi akan dapat tawaran untuk buat demo di slot Wanita Hari Ini (WHI) TV3.

Syukur sangat-sangat. Rezeki yang tidak disangka-sangka. Tak pernah sedikit pun, dalam kepala Ummi terfikir nak muncul dikaca tv. Rasa Ya Allah..rasa syukur sangat-sangat dibagi peluang yang sangat berharga ini.

Bila dah berbincang dengan suami,  Alhamdulillah suami bersetuju. Mengambil masa lama jugalah, suami buat keputusan. Walaupun pada mulanya suami rasa berat untuk terima tawaran ini.

Alhamdulillah suami banyak sangat membantu membuat persiapan walau sibuk dengan kerja.

Begitu juga dengan keluarga banyak memberi sokongan untuk menerima tawaran ini. Ummi rasa makin bersemangat! 💪

Mohon doa sahabat semoga urusan ini Allah permudahkan segala-galanya. InshaaAllah, Aamiin.


Demo Cucur Jawa Gula Merah
Alhamdulillah. Semalam dah selesai semuanya. Debaran didada pun dah hilang.

Walaupun semalam perjalanan agak kelam-kabut, hujan lebat dan sesat mencari Sri Pentas TV3. Berkali-kali pusing tempat yang sama, Alhamdulillah akhirnya sampai juga.

Tak pernah terlintas difikiran nak jejakkan kaki disini.

Ummi nak kongsi doa yang Ummi kadang baca kalau teringat. Doa ni, dekat sebulan juga Ummi amalkan selepas solat atau luar solat.

Ummi siap buat wallpaper lagi kat lockscreen handphone Ummi. Bila Ummi nak buka handphone, Ummi akan baca dalam hati doa ini.

Selain amalkan doa ini banyakkan juga beristighfar. InshaaAllah, rezeki sentiasa ada dan tidak putus-putus.

Yang lebih power lagi, korang akan dapat rezeki yang tidak disangka-sangka yang menjangkau akal fikiran korang. Jom beramal.😊

Ummi Umair 🍩
HADIA CAKES HOUSE 🍰


Wednesday, 22 August 2018

Berkongsi ilmu di Kalimantan.

Admin ni, bukannya pandai sangat pun buat kek. Apa lagi nak deco kek. Banyak lagi yang perlu, dipelajari.

Admin berkongsi ilmu dan mengajar apa yang admin tahu.
Rasa malu nak mengajar pun ada. Takut tak menjadi.😅 Dimulakan dengan Bismillah, zikir, selawat dan doa dalam hati, berusaha dan tawakkal!

Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan. Walaupun peralatan dan bahan buat kek tak lengkap, admin hanya mengunakan peralatan yang tersedia di dapur sahaja.

Admin bakar kek, guna oven manual yang mengunakan gas. Yang orang dulu-dulu guna. Lepa kek, admin guna pisau sahaja untuk meratakan cream. Jug air pula, admin guna sebagai turntable untuk memudahkan melepa kek. Board kek pula, mengunakan bekas kukusan sahaja.😅 Guna je la, apa yang ada, janji kek jadi dan berupa kek.😂

Alhamdulillah, kek pun habis dimakan bersama teh O panas. Ditambah lagi dengan cuaca yang sangat panas membuatkan tubuh berpeluh-peluh. Huh!

Apa-pun Kalimantan tempat berkumpul setelah lama berpisah. Tempat yang cukup mengembirakan dan membahagiakan. Walaupun ianya tempat yang sangat jauh, dengan menaiki kenderaan yang silih berganti, membuatkan diri begitu letih dan lelah.😊 In Shaa Allah, ada rezeki dan panjang umur akan datang lagi kesana!💗

Buat Bu Asma, semoga terus sukses dan teruskan belajar, belajar dan belajar apa yang dipelajari, hingga dapat buat bunga dan kek yang cantik dan kemas!

Admin,
Ross Ramin🌹


#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Tuesday, 30 August 2016

Belajar buat kek..memang seronok!


Gambar dua tahun yang lalu. Lama tersimpan, baru sekarang teringin nak kongsi.😊 Gambar diambil, masa belajar buat kek di Amiplus, Melaka. 

Turkish Indulgence 
Pumpkin Cheese Cake

Kedua-dua kek memang sedap. Rasa premium!! 😋 




Semua kek ni, rasanya teramat sedap sangat!! Sampai sekarang, tak boleh lupa rasanya. Terima kasih Chef sudi ajar kek yang begitu sedap! 😋