hadia cakes house

"Begin with Bismillah" HADIA CAKES HOUSE Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam Melaka Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,whatsapp 017-606-2541.

Thursday 20 December 2018

Tips bisnes dari rumah

Alhamdulillah siap juga mengedit. Saya hanya perkemaskan tulisannya sahaja. Saya tak suka baca tulisan yang tidak lengkap hurufnya. Rasa serabut dan pening kepala baca.😁

Saya juga letak gambar, yang telah diedit. Supaya lebih menarik untuk dibaca.

Walaupun ini bukan tulisan saya, tapi iannya cukup bermanfaat bagi surirumah yang ingin berjaya seperti penulis asal tersebut.

Beliau tidak kedekut untuk berkongsi ilmu masakkan dan tips yang sangat berguna.
Semoga beliau, dikurniakan rezeki yang banyak dan kesihatan yang berpanjangan dan bahagia disamping keluarga tersayang. Semoga juga beliau tidak pernah bosan, berkongsi resepi yang boleh buat pendapatan tetap ataupun sampingan buat surirumah yang ingin berjaya seperti beliau.

Tips ni, taklah panjang sangat. Rugi tau, tak baca hingga habis!💗

Jika ada yang salah dalam pengeditan saya, saya minta maaf.

Puan Azlina Sukardi Azlina Ina, halalkan ya, ilmu yang saya kongsi ni..

HADIA CAKES HOUSE🍰
Suka buat kek! Jual kek! Suka makan kek!😋

Ikhlas dari cikgu.

Nak berniaga tapi tak tahu, nak mula dari mana? Ok, ikut langkah dan tips ini dahulu.

Ok la, Jom cikgu kongsi langkah satu bisnes dari rumah. Kena ada modal ke? mestilah, Senah. Mana ada bisnes yang pakai air liur sahaja. Semua kena ada. Modal tak banyak, sikit mesti kena standby.

Jadi sebelum bisnes, korang simpan sikit modal. Nak kaya bukan lima minit. Kena ada jalur masa yang lama. Jadi ambil masa kumpul modal ok.

Modal pun, tak payah banyak pun. Tiada sampai ribu riban. Yang asas sahaja. Ikutlah, bisnes apa yang korang minat nak buat, ok.

Cikgu cerita bab baking.
Cikgu bermula dari barang-barang baking, yang kecil-kecil kenot semua. Mana ada mula-mula terus beli oven industri.

Membongak sajalah, siapa tiba-tiba bisnes beli barang besar stadium. Biar kita mula dari barang-barang kecil sahaja.

Barang-barang mula-mula cikgu bisnes:
Mixer RM49.90 hand mixer
Oven RM129 sharp paling kecil
Pengukus RM24.90 beli dekat Tesco jugak kecil

Jadi modal mula lebih kurang, RM200. Janganlah cakap, tiada modal. Korang bukan tiada modal. Kadang nak beli tu, tertangguh-tangguh. Kalau dah niat nak bisnes, kenalah nekad simpan sikit-sikit. Beli dulu yang asas tu. Baru korang boleh mula. Jadi sekarang dah ada peralatan.

Nombor dua, kena ada pengetahuan. Maksudnya, kau nak jual kicap kena pandai buat kicap. Jadi pentingnya belajar dan bersedia.

Medium jualan. apa tu? Kalau korang jual untuk jiran-jiran, jadi jiran-jiran sahajalah untung yang korang dapat. Kalau nak untung maksimum, kena luaskan pasaran. Maka cikgu sarankan korang ada satu benda ni. Sekurgang-kurangnya facebook, instagram dan pages, ok. Sikit-sikit dulu ya, nanti korang tak boleh hadam.

Penulis asal: Puan Azlina Sukardi @ Azlina Ina
Bahagian dua bisnes dari rumah. Sambungan semalam, ok. Like, komen dan share pada yang nak bisnes, tapi tak tahu nak mula dari mana.

Ok, la. Ikut panduan ini sampai langkah akhir. Jadi lebih baik, jangan ada yang terlepas, eh. Bila dah agak tersasar, boleh review balik langkah yang korang tercicir, orite!

Sekarang bahan asas dah ada. Lepas tu, medium media sosial pun dah ada. Tapi bisnes, tetap krik-krik sendu mendu.

Cikgu bermula dari jual kek coklat moist RM1.80, dekat kedai makan pun tak laku. Dapat RM18.00 sahaja tak silap. Tapi cikgu cuba, masuk iklan dalam media sosial. Walau masa tu, cikgu tak pandai buat kek.

kek buruk, chessenya macam air hujan yang turun. Perasaan dapat customer pertama tu, memang neves. Tu la masa, kita belajar bila kita dapat customer. Jadi sekarang, semua dah ok.

Macam mana cikgu jadi meletop. Step-step dia:

Pertama: Media sosial kena ada. Paparkan apa yang kita jual. Set publik untuk post anda, bagi lebih ramai orang tengok. Tak payah acah-acah privacy. Kalau sekali kau masuk bisnes, kau nak privacy lebih baik kau tak payah niaga.
Perniagaan tiada yang privacy. Kita nak orang tahu, kita jual apa. War-warkan. Sebab tu kalau niaga, ada dua account facebook pun bagus. Satu untuk meroyan, satu untuk jualan. Faham ke?

Kedua: Imej baik. Kau penjual, janganlah sikit-sikit mengamuk, sikit-sikit meroyan, sikit-sikit sawan. Gaduh dengan jiran, maki-maki dalam facebook, gaduh dengan laki, sumpah seranah.
Bisnes pentingkan nama. Peniaga itu bersih, dari gosip liar. Atau lebih baik pada kau, janganlah masuk persatuan bawang ranger. Lebih baik kau, jalankan bisnes kau lagi baik. Ada juga, faedah. Anggap kau public figure. Apa kau buat, orang perhati ok.

ketiga: Promosi kena meluas. Apa itu? Iklankanlah di group taman, kampung, bandar atau satu dunia pun tak apa. Asal orang tahu, awak tu jual apa. Kena buang rasa malu-malu. Ada orang like ke, tiada ke, sekurang-kurangnyanya awak dah cuba. Kalau kau diam tak post apa-apa, nak iklan pun malu, cikgu sarankan kau jangan buat bisnes, kau buat anak je😛😛.

Ok, hadam tiga benda ni. Next step, cikgu update lagi orite.

Penulis asal: Puan Azlina Sukardi @ Azlina Ina
 
Tips berniaga dari rumah bahagian tiga. Ini yang dah jutawan, tak payah followlah.😂

Cikgu bagi tips, pada yang sendu-mendu. Yang memang, tiada asas apa-apa. Macam cikgu ni, ha! Mula dari rakyat marhaen, yang teringin niaga, Ok. Sila, boleh follow. Yang dah income juta-juta, korang abaikanlah.😂

Semalam kita dah cerita pasal platform bisnes dari rumah. Iaitu facebook, betul? ah! korang jawap sajalah, depan handphone tu .😂 Jadi sekarang, cikgu share tiga lagi tips bisnes berjaya dari rumah.

Pertama: Ok, cara tarik customer.
"Cikgu saya dah post iklan sampai lebam, orang buat tak layan je"
Ok. dia macam ni, kau pergi pilih baju, selain cantik, kau tengok promosi? betul ke, tidak? Jadi mula-mula cikgu niaga, nak cari customer, cikgu open promosi. Macam begini. Cikgu jual satu kek coklat RM40.00, cikgu bagi percuma satu kek strawberry. Ya ampun, serius kek cikgu masa tu, memang buruk tahap cheese lelehnya macam air teh susu saja😂. Tapi sebabkan promosi percuma tu, kek cikgu laku seminggu. Masa tu, dapat RM300.00. Macam nak frame duit tu, kikiki. Tapi janganlah kau, promosi sampai rugi. Beli satu, percuma dua. Ha! Tu kau memang sedekah sajalah, untung tiada.

Kedua: Kena rajin aktifkan facebook kau.
Facebook tu, umpama platform kau macam, tapak kau niaga. Ok, contoh kau niaga pasar malam. Tiap kali orang pergi pasar tu, orang mesti nampak kau. Jadi dia akan cam kau, jual apa di situ. Satu hari kau tak datang, mesti dia tertanya-tanya. "Eh! kemana orang yang jual ni? Eh! Tiada ke..?" Macam tu juga, facebook. Kalau kau niaga rajin-rajinlah, post apa kau jual. Share benda-benda bermanfaat. Ni, kau berfacebook pun, sebulan sekali update. Ada hati nak kaya raya. 😂😂😂 Mereput sajalah kau Senah.

Ketiga: Cara tentukan harga.
Produk kau sebenarnya, kau tahu bahan apa yang kau guna, kau sorang. Jadi kau buat kek, selepas tu kau tanya orang, berapa harga nak jual? eh eleh! kau gila ke, apa. Dia tak nampak pun, kau gune Butter Anchor ke, Marjerin Pelangi ke, harga ini kau kaji selidik dulu. Harga-harga sekitar tempat kau, atau bakers-bakers berdekatan. Rata-rata, jual produk lebih kurang sama. Kau kena ambil tahu, kadar harga berapa. Janganlah orang tu jual RM15, kau jual RM5. Persaingan, yang tak sihat. Kalau kau nak niat sedekah, kau pergi sajalah sedekah dekat surau. Niaga ni, biar munasabah dengan penat, dengan kos dan untung. Kalau dah satu kek untung seringgit, baiklah kau beli kek pisang dekat 99, kau potong jual. Tak payah penat-penat kau, godek telur bagai. Harga akan bersambung. Tips akan datang. Hadam yang tiga ni dulu.

Penulis asal: Puan Azlina Sukardi @ Azlina Ina
Tips berniaga dari rumah bahagian empat.

Cikgu tak tahulah, orang lain yang dah pakar-pakar.😂 Tapi cikgu ikut formula ni, dari cikgu naik motor sampai cikgu naik Alphard.

Memang boleh digunakan, untuk tentukan harga minimum dan maksimum untung. Mengelakkan kita, jual produk terlalu murah tapi setara dengan untung semasa.

Siapa-siapa yang dah bijak pandai, tak payahlah tengok. Abaikan saja. Cikgu buat sendiri formula ini. belajar satu bab dulu tau. Dekat mana-mana, kena bayar. Tapi cikgu sayang korang, jadi bagi korang ilmu percuma.

Untung adalah..
Formulanya:
Kos bahan mentah x 2 (darab dua untuk masukkan nilai tenaga tersembunyi seperti tenaga, api, air dan gas).

Dapat jumlah ÷ dengan pengeluaran yang korang dapat.

Cikgu bagi contoh ya..
Cheese kut:
Kos bahan mentah
RM4.50 biskut
500gm cheese RM15.90
200mlg whipping dairy RM6.90
Susu pekat RM2.50
Susu segar 200ml RM2.50

campur semua
RM32.30x2
=RM64.60

Pengeluaran akhir biasa dapat 6 bekas sq 450 jadi RM64.60÷6
=RM10.80 (harga maksimum sebekas)

Nak tahu harga terendah minimum sebekas
RM10.80÷2
=RM5.40.

Jadi jual jangan kurang RM5.40 jangan lebih RM10.80

Penulis asal: Puan Azlina Sukardi @ Azlina Ina
Tips bisnes dari rumah nombor lima.

Document adalah benda wajib dan sangat penting dalam bisnes. Setiap tempahan dan segala butir tempahan dan kiraan, jangan buang.

Ulang, jangan buang. belajar asingkan, modal tempahan dan untung dalam buku yang berbeza, Ok. Tiada paksaanlah. Siapa nak ikut cara cikgu, ikut la. Tak nak pun, tidak kena tangkap pulis.

Jadi rajah dibawah adalah buku tempahan cikgu.
Apa perlu ada pada buku tempahan?

Pertama: Banyak warna = Untuk semangat dan setiap warna memberi isnpirasi.

Kedua: Setiap bab warna letakkan sasaran. Ini contoh. Setiap orang, lain-lain sasarannya ya. Macam cikgu = hijau = 30k jadi sehingga helaian hijau habis. Kita berusaha untuk capai order target, macam kita rancang kita letak tinggi. Kalau dapat sipi-sipi, alhamdulillah.

Ketiga: Setiap atas permulaan warna, bab letak misi dan target anda.

Keempat: Buku ini simpan dan inilah bukti kerja keras korang nanti. Sebab kami surirumah, kami tak pandai guna laptop. Kami tak pandai susun-susun, document dalam USB. 😂

Ini saja yang kami pandai pun. Kami boleh jadi kaya raya. InshaAllah, doa yang baik-baik, ok. Jika anda belum berubah, berubahlah sekarang.
 
Tips bisnes dari rumah nombor enam.

Bagaimana menarik minat orang, untuk mendekati produk kita dan seterusnya membuat belian?

Pertama: Tak kisah jual barang apa. korang kena tunjukkan gambar-gambar, kek-kek korang, yang paling menawan. Kalau boleh untuk sample tu, buat biar senonoh sikit. Dan bila buat order buat double senonoh, ok.

Pembeli memang akan tengok gambar, baru datang minat. Jadi gambar tu, jangan asal boleh je. Kamera kabur tengah bertepung pun, kau snap je. Gambar gegar-gegar macam gempa bumi pun, kau post. korang perhatikan gambar-gambar, kek-kek cikgu. Walaupun handphone, RM499.00😂 Samsung j5 je, tapi tengok gambar-gambar kek cikgu buat semua jatuh hati😛

Kedua: Bagaimana menyakinkan orang untuk pilih produk korang. Jadi dekat sini, kena rajin iklan berserta feedback-feedback baik dari customer. Kalau dapat komplen atas product kita sepenuhnya, ambil tanggungjawap. Kita jangan mengelak atau buat-buat macam tak salah. Kalau memang salah, datang dari kita penjual, hanya minta maaf cara baik. Bayar balik atau gantikan dengan yang lebih baik. Sebagai pembeli yang berjual beli makanan, perkara ini memang tak boleh lari. Setiap manusia, berjuta citarasa berbeza. Selagi product kita tak rosak dan kita yakin sedap, hanya terima komplen sebagai satu komen yang membina. Jangan mudah down😂. Sebab apa, cikgu punya komplen dari kek batu sampai kek kau tak sedap, pahit pun pernah. Tapi kita jawap dengan sopan dan sebaik mungkin, ok. Pembeli akan tertarik, pada budi bicara penjual jugak.

Ketiga: Jangan malu up jualan. Walau kau jual sehari dapat 3 bekas, jangan malu share. "Jualan saya hari ini". Penting untuk membina keyakinan yang produk korang sentiasa jalan. Sentiasa ada tempahan. Baru orang yakin produk kau banyak permintaan. Kalau kau sendu asyik meroyan dekat wall, laki kena rampas dengan Husna saja. Ah! memang tak lakulah, apa kau jual. Kita kena positifkan wall jualan kita, supaya orang tak berapa menyampah😂. Menyampah sikit-sikit tu, adat la hahaa. Ok, nanti kita sambung lagi ya..

Penulis asal: Puan Azlina Sukardi @ Azlina Ina
 
 

Buku Tempahan warna-warni.

1 comment:

  1. TERIMA KASIH PUAN :)

    Saya baca tips yg dah puan mudahkan. Terima kasih byk..moga murah rezki

    ReplyDelete