hadia cakes house
Thursday, 7 May 2020
Wednesday, 6 May 2020
Tuesday, 5 May 2020
#repost
Ya Allah! Macam tak percaya, Ummi boleh buat semuanya ni seorang diri...💪😁
Nona Manis Jagung
Nona Manis Keladi
Cucur Jawa Pandan
Cucur Jawa Gula Merah
Cheese Tart Blueberry
Cheese Tart Coklat
Alhamdulillah.. Nasib anak-anak tak meragam sangat. Semuanya berkelakuan baik-baik je, sepanjang Ummi menyiapkan tempahan. Alhamdulillah.
Disini Ummi nak bagi tau, yang Ummi ada buat PJJ kuih Nona Manis. Jika korang berminat nak join, boleh whatsapp terus Ummi. Dah pandai buat, korang bolehlah berniaga sambil menjaga anak-anak dirumah.
Ummi Umair 🍩
HADIA CAKES HOUSE 🍰
Alhamdulillah, dah 3 kali customer repeat order.😍

Saturday, 18 April 2020
Resepi Onde-Onde Labu
Alhamdulillah dah siap Onde-Onde Labu
Encik suami suruh buat. Semalam tak puas makan katanya. Semalam Ummi buat Onde-Onde Keledek Oren. Hari ni, Ummi buat Onde-Onde Labu.
Bagi Ummi, Onde-Onde ni lebih sedap daripada yang biasa tu. Yang hanya letak tepung sahaja.
InsyaAllah..jika ramai yang berminat, nanti Ummi share resepi. Dengan hanya satu resepi kita boleh olah nak letak apa yang kita suka. 😍
===========================================
Resepi Onde-Onde Labu
Bahan-bahan A:
400 gm labu
300 gm tepung pulut
Air
Bahan-bahan B:
1 biji kelapa parut
Gula merah
Cara buat:
• Labu dipotong dadu, cuci bersih dan kukus hingga lembut. Dah masak lenyek hingga halus dan ketepikan biar sejuk.
• Campur tepung, labu, air dan gaul hingga menjadi doh.
• Ambil doh secubit dan tekan-tekan hingga lebar sedikit dan masukkan gula merah. Tutup rapat dan genggam perlahan-perlahan.
• Susun atas talam yang dah ditabur tepung.
• Didihkan air hingga betul-betul mendidih dan masukkan Onde-Onde tadi.
• Masak hingga Onde-Onde terapung hingga kepermukaan. Tak perlu kacau. Biarkan je.
• Angkat dan toskan kemudian masukkan dalam bekas yang ada kelapa parut.
• Gaul Onde-Onde guna sudu hingga rata. Buat perlahan-perlahan.
• Susun dalam pinggan dan sedia untuk dihidang.
Nota:
• Kelapa wajib dikukus terlebih dahulu. Supaya kelapa lebih tahan lama dan tak mudah basi.
• Kalau nak kelapa ada rasa masin sikit, boleh letak garam.
• Masa tuang air kedalam adunan tepung, sikit-sikit ye tuang. Jangan masukkan air terlalu banyak. Nanti adunan jadi terlalu lembut.
• Bila doh terlalu lembut atau tanpa sengaja terlalu banyak masukkan air, boleh tambah tepung sikit-sikit hingga menjadi doh yang keras dan senang dibentuk.
• Gula merah Ummi beli dibakery. Gula merah ni, memang dah dipotong halus. Jadi Ummi cedok guna sudu dan masukkan dalam doh.
• Masa korang dah masukkan gula merah dalam doh, cukup genggam je doh tu, dah cukup. Jangan nak bagi halus doh tu, tak pasal-pasal nanti gula merah tu terkeluar.
• Kalau nak letak pewarna, boleh letak. Ummi letak sedikit untuk menyerlahkan Onde-Onde tersebut.
• Akhir sekali, labu tu, korang boleh tukar Keledek Oren atau Ungu. Ikut korang nak letak apa. 😊
Selamat mencuba. Maaf, nota panjang sikit je..😅
Ummi Umair 🍩
HADIA CAKES HOUSE 🍩
#ondeondelabu #ondeondesedap
Wednesday, 15 April 2020
Donut Topping Coklat
Alhamdulilah
Dapat feedback daripada Customer. Customer kata, " Donut sedap dan lembut macam Big Apple"😍
Bukan Ummi yang kata ye 😁
Korang yang nak rasa makan Donut sepanjang berada dirumah semasa PKP, jom order sama Ummi.
#beginwithbismillah #hadiacakeshouse #bakermuslimah #bakermelaka #feedbackdonut #feedbackcustomer #donuthappybirthday

Monday, 13 April 2020
Resepi Onde-Onde Keledek Oren
Resepi Onde-Onde Keledek Oren
Bahan-bahan A:
400 gm keledek oren
300 gm tepung pulut
Air
Bahan-bahan B:
1 biji kelapa parut
Gula merah
Cara buat:
• Keledek dipotong dadu, cuci bersih dan kukus hingga lembut. Dah masak lenyek hingga halus dan ketepikan biar sejuk.
• Campur tepung, keledek, air dan gaul hingga menjadi doh.
• Ambil doh secubit dan tekan-tekan hingga lebar sedikit dan masukkan gula merah. Tutup rapat dan genggam perlahan-perlahan.
• Susun atas talam yang dah ditabur tepung.
• Didihkan air hingga betul-betul mendidih dan masukkan Onde-Onde tadi.
• Masak hingga Onde-Onde terapung hingga kepermukaan. Tak perlu kacau. Biarkan je.
• Angkat dan toskan kemudian masukkan dalam bekas yang ada kelapa parut.
• Gaul Onde-Onde guna sudu hingga rata. Buat perlahan-perlahan.
• Susun dalam pinggan dan sedia untuk dihidang.
Nota:
• Kelapa wajib dikukus terlebih dahulu. Supaya kelapa lebih tahan lama dan tak mudah basi.
• Kalau nak kelapa ada rasa masin sikit, boleh letak garam.
• Masa tuang air kedalam adunan tepung, sikit-sikit ye tuang. Jangan masukkan air terlalu banyak. Nanti adunan jadi terlalu lembut.
• Bila doh terlalu lembut atau tanpa sengaja terlalu banyak masukkan air, boleh tambah tepung sikit-sikit hingga menjadi doh yang keras dan senang dibentuk.
• Gula merah Ummi beli dibakery. Gula merah ni, memang dah dipotong halus. Jadi Ummi cedok guna sudu dan masukkan dalam doh.
• Masa korang dah masukkan gula merah dalam doh, cukup genggam je doh tu, dah cukup. Jangan nak bagi halus doh tu, tak pasal-pasal nanti gula merah tu terkeluar.
• Kalau nak letak pewarna, boleh letak. Ummi letak sedikit untuk menyerlahkan Onde-Onde tersebut.
• Akhir sekali, keledek tu, korang boleh tukar labu atau keledek Ungu. Ikut korang nak letak apa. 😊
Selamat mencuba. Maaf, nota panjang sikit je..😅
Ummi Umair 🍩
HADIA CAKES HOUSE 🍩
#ondeondesedap #resepimudah #resepisedap
#pengatkeledekoren #ondeonde #stayathome
Thursday, 9 April 2020
Resepi Cekodok Lembut Gebu. Wajib Cuba!!!
Highly recommend untuk ibu-ibu mencuba dirumah. Cekodok yang sangat lembut dan gebu.
Masa Ummi goreng, entah berapa biji masuk dalam mulut Ummi. Sambil goreng, sambil makan. Sedap!
Korang cuba ya buat, untuk anak-anak dan suami korang. Yang takde suami dan anak pun, boleh buat..😅 Resepi yang sangat mudah dan bahan pun mudah didapati.
Resepi Cekodok Lembut Gebu
Bahan-bahan A:
500 gm tepung gandum
11 gm yis~ saf instant
½ cawan gula pasir
Bahan-bahan B:
½ cawan susu cair~ tin
1 ½ cawan air
Cara buat:
• Campur bahan A kedalam mangkuk.
• Kemudian masukkan bahan B dan gaul sebati.
• Rehatkan selama 30 minit.
• Panaskan minyak guna api yang kecil. Minyak mesti panas ya, tapi guna api yang kecil. Jangan guna api yang besar. Nanti bahagian dalam cekodok tak masak.
• Masukkan adunan cekodok dalam minyak yang panas guna sudu makan atau tangan. Ummi guna tangan je. Mudah. Kalau korang nak guna sudu, sudu tu celup dalam minyak yang panas tau.
• Terbalik-balikkan dan goreng hingga kekuningan.
• Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.
Nota:
• Kalau korang nak guna air sepenuhnya pun boleh. Tapi rasa dia lainlah. Tiada rasa lemak-lemak gitu..😁
• Kalau korang buat, buatlah size yang comel-comel. Cekodok ni, bila digoreng akan mengembang.
• Cekodok ni, tetap lembut walaupun dah sejuk dan tak serap minyak..
Ummi Umair 🍩
HADIA CAKES HOUSE 🍰
#cekodok #stayathome #pkp #covid19 #resepicekodok
Subscribe to:
Posts (Atom)