hadia cakes house

"Begin with Bismillah" HADIA CAKES HOUSE Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam Melaka Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,whatsapp 017-606-2541.

Sunday, 24 June 2018

Mango Delight Cake!

#throwback Mango Delight Cake!😋 Rasa mangga, yang masam masam manis. Sesuai sangat dimakan dengan kek yang disaluti dengan creamcheese! Tersangatlah, sedap!😋

Sebarang info dan tempahan, boleh whatsapp 0182611205. (whatsapp sahaja.)



#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Egg Sandwich Mayonis!

Alhamdulillah. Sarapan pagi ni, Egg Sandwich Mayonis! Very delicious! yummy!😋




#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Monday, 7 May 2018

Kek Tiramisu

Kek Tiramisu! Nampak sahaja, dah bebeng (terliur) rasanya.😂

Buat kek ni, bukan senang ya. Kena banyak bersabar. Sebab kek ni, kena susun satu persatu, untuk mendapatkan seperti yang korang nampak dalam gambar.

Rasanya..Alhamdulillah, sedap sangat! Hingga menjilat... (korang sambung sendirilah😂)
Korang yang nak tempah, boleh whatsapp admin ya..(018-2611205)





#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Thursday, 26 April 2018

Cheese Tart Blueberry

Open For Order!
(whatsapp 018-2611208)
Cheese Tart Blueberry! (Rasa yang sama, tapi corak sahaja yang berbeza).
Rasanya terlajak sedap!





Wednesday, 4 April 2018

Cheese Tart Blueberry

Open For Order!
(whatsapp 018-2611205)

Cheese Tart Blueberry!
Rasanya terlajak sedap!

Admin suka makan, masa suam-suam. Rasanya sedap sangat! Masa tu, rasa cheesenya creamy sangat! yummy! 😋






#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Tart Shell

Tart Shell. Alhamdulillah.. tak perlu guna Tart Presser hasilnya tetap kemas dan cantik. Hanya perlukan acuan kecil dan kesabaran, itu sahaja.

Tart Presser ni, sebenarnya mahal. Tu la, admin tak beli.. hihihi.. Admin pernah tengok, kat Bakery mahal nau harganya..

Bila kita buat apa-apa jenis kuih mahupun kek, kita mesti ada kesabaran. Jangan tergesa-gesa ataupun gelojoh sangat nak siapkan. Nanti hasilnya pun, tidak cantik dan tidak kemas.

sebelum dibakar



selepas dibakar


Wednesday, 14 March 2018

Kek Buah Bakar Sedap!

Alhamdulillah. Tiga kali repeat order.
Korang yang nak rasa kesedapan Kek Buah ni, bolehlah order ya.
Kek Buah ni, sedap dimakan bersama Teh O.😍
Dan sesuai juga, dihidang untuk para tetamu yang bertandang dirumah ataupun semasa perayaan dan sebarang majlis.
Whatsapp sahaja 018-2611205.

#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Tuesday, 20 February 2018

Kek Pandan Gula Melaka

Kek Pandan Gula Melaka dengan Italian Frosting yang superr duperr seedaap! 😀 Pasti korang cakap, "admin ni, semualah sedap." Dah memang sedap, nak buat macam mana.😂

Hanya kuih dan kek yang sedap je, admin jual. Kalau tak sedap, admin tak upload gambar kek tersebut.

Kek sedap, pasti juga harganya sedap!😂
Kalau nak kek murah, rasanya pun murah!😀
Ramai customer nak, kek sedap tapi nak murah!
Adoiii!😀

 
Korang kalau rasa nak cari kek, untuk harijadi ke, sempena perayaan ke, nak bagi orang tersayang makan kek ke, apa-apa majlis ke, bolehlah whatsapp admin ya..😊
Sebarang pertanyaan dan tempahan:
📲018-2611205 (whatsapp sahaja)

#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Sunday, 17 December 2017

Apam Gula Hangus

Suka pula, admin buat kuih kecil molek macam ni.😍

Kuih comel ni, namanya Apam Gula Hangus. Nama je hangus, tapi sebenarnya tak hangus pun. 😂
Sebenarnya, gulanya dimasak hingga perang, bukannya hingga hangus. Hangus disini, kategori hangus yang boleh dimakan. Bukannya hangus yang hitam legam.😂

Tapi orang panggil kuih ni, Apam Gula Hangus, kenapa bukan Apam Gula Perang..😅

Kuih comel ini, sangat sesuai untuk doorgift majlis kawin, aqiqah, dan lain-lain majlis.

Ianya sangat lembut dan gebu. Alhamdulillah, rasanya juga sedap. Tak muak dimakan.
Sebarang pertanyaan dan tempahan, whatsapp 018-2611205.






#beginwithbismillah #hadiacakeshouse