hadia cakes house

"Begin with Bismillah" HADIA CAKES HOUSE Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam Melaka Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,whatsapp 017-606-2541.

Tuesday, 23 June 2020

Basque Burnt Cheese Cake



Burnt Cheese Cake
Comel dan menawan je, dimata Ummi 😍

Kek ni, sesuai untuk 2-3 orang makan. Tapi kalau yang hantu Cheese Cake, sorang pun boleh habis!😁

Alhamdulillah
Thanks order
===================================

Order with deposit @ fullpayment...
Order tiga hari awal..
Order melalui whatsapp sahaja..
No DM / No PM...

Berminat nak order? Whatsapp: https://wa.me/60182611205




Ummi Umair | HADIA CAKES HOUSE
Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam
Terima kasih 😊

#beginwithbismillah #hadiacakeshouse #bakermuslimah #bakermelaka #kekmelaka #keksedap #basqueburntcheesecake #burnburntcheesecakemelaka #tempahankek

Friday, 19 June 2020

Burnt Cheese Cake



Burnt Cheese Cake
Sedap dan berkrim

Rupa kek ni, memang macam ni ya gaiss. Hitam terbakarπŸ˜… Tapi dalamnya sangat lembut dan gebu.

Yang ni, Ummi buat sebab nak rasa kek ni. Memang sedap. Alang-alang dah buat, jadi Ummi hiaslah dan gambar cantik-cantik. Baru buat iklan. Mana tau, ada yang berkenan nak order..😁

Kek terbaru di HADIA CAKES HOUSE!
=======================================

Order with deposit @ fullpayment...
Order tiga hari awal..
Order melalui whatsapp sahaja..
No DM / No PM...

Berminat nak order? Whatsapp: https://wa.me/60182611205

Ummi Umair | HADIA CAKES HOUSE
Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam
Terima kasih 😊



#beginwithbismillah #hadiacakeshouse #bakermuslimah #bakermelaka #keksedap #kekmelaka #burntcheesecake 

Saturday, 6 June 2020

Hasil Ahli PJJ HADIA CAKES HOUSE











Berminat nak join group belajar Donut/Bomboloni gebu? Whatsapp: 018-2611205

Donut Gebu Hasil Ahli PJJ HADIA CAKES HOUSE




Berminat nak join group belajar Donut gebu? Whatsapp: 018-2611205

Alhamdulillah feedback Customer.



"Mahal tapi puas hati dan sedap sangat!"😁

Serius kek kalau guna butter memang sedap sangat. Wangi dan bau susu yang sangat kuat dari Butter. Rasa memang jauh beza kalau guna Marjerin.

Kek kalau guna Butter memang mahal ye. Harga Butter 250gm dekat RM10.00 - RM12.00. Tu sekali guna je, dah habis. Kalau Marjerin 1kg murah, boleh guna buat kek beberapa kali.

Nak kek Marble yang mahal atau murah, boleh je.. Ummi ada buat.
Berkenan, order ok..😊

Bila baker jual kek mahal, jangan kecam ye.. Tiada paksaan dalam membeli πŸ˜…πŸ˜…



#beginwithbismillah #hadiacakeshouse #bakermuslimah #bakermelaka #buttercake #marblepelangibuttercake #feedback

Thursday, 4 June 2020

Resepi Martabak Ayam



Baru hari ini, nak tulis resepi. Semalam nak share resepi, tapi Ummi malas nak menaip.πŸ˜…

Suami Ummi cakap, Martabak ni sedap daripada luar. Ada masa suruh buatkan lagi. Sedap dan secukup rasa. Memang sedap gaiss..korang wajib cuba..😊

InsyaAllah..ada masa dan rajin, Ummi pun nak buat lagi. Yang nak cuba buat untuk berbuka puasa, resepi ada dibawah..

Bahan Kulit Martabak (dapat 6 biji)
Bahan-bahan A:
1 ½ cawan tepung gandum~ cap ros/baker choice's
1 tbsp marjerin pelangi
1 stp susu pekat
½ stp garam halus
Air

Bahan Inti Martabak
Bahan-bahan B:
1 mangkuk isi Ayam / daging / udang
5 ulas bawang putih~ ditumbuk
3 ulas bawang merah~ ditumbuk
Cili giling~ ikut pedas
1 pek kecil kari ikan Babas
1 kiub pati ayam Maggie
Minyak masak

Bahan hiasan C:
Daun sup~ dipotong halus
Daun bawang~ dipotong halus
Bawang merah~ dipotong halus
4-5 biji telur

Hiasan:
Sos cili/tomato
Mayonis

Cara buat Kulit Martabak:
• Campur semua bahan kecuali air.
• Gaul tepung terlebih dahulu kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
• Kemudian oleskan doh dengan marjerin.
• Susun dalam bekas dan tuangkan minyak masak.
• Rehatkan 3 - 4 jam baru dimasak. Buat pagi lagi bagus. Petang boleh dah buat Martabak.

Cara buat Inti Martabak:
• Isi ayam potong dadu dan bilas bersih, toskan dan ketepikan.
• Bawang merah dan putih tumbuk hingga halus.
• Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
• Masukkan cili dan masak sekejap kemudian masukkan kari yang dimasukkan air sedikit untuk jadikan paste. Masak hingga pecah minyak.
• Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam masak hingga kering. Guna api sederhana. Guna api kecil lagi, bagus.
• Wajib masak hingga kering.
• Dah siap masak angkat dan ketepikan.

Penyediaan bahan C:
• Potong halus daun bawang, daun sup dan bawang merah.
• Telur dikocok hingga sebati.
• Bahagi 6 inti martabak sama banyak dalam mangkuk.
• Kemudian masukkan telur dalam setiap mangkuk yang ada inti Martabak gaul sebati.
• Tebarkan kulit Martabak, buat hati-hati jangan koyak
• Kemudian masak diatas bekas yang sesuai, letak minyak sedikit, letak inti, lipat empat segi dan masak hingga kekuningan. Guna api kecil.
• Dah siap masak, potong² dan hiaskan dengan sos dan mayonis.

Ummi Umair,
Selamat mencuba!

#martabakayam #ramadan2020 #martabaksedap #resepiramadan