hadia cakes house

"Begin with Bismillah" HADIA CAKES HOUSE Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam Melaka Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,whatsapp 017-606-2541.

Monday, 25 March 2019

Donut terbaik HADIA CAKES HOUSE!

MasyaAllah...Tabarakallah..

Inilah pertama kali, admin buat Donut selembut dan secantik ini. Rasanya, inilah donut yang terbaik yang pernah admin buat. (maaf ya, kalau korang rasa nak muntah baca ayat admin)😂

Selama ni, berapa kali admin nak masuk kelas donut untuk tambah ilmu. Ada saja halangan dan masa yang tidak sesuai. Tapi sekarang alhamdulillah, rasanya tak perlulah admin masuk kelas untuk belajar buat donut.😁

Hanya uli tangan dan tahu tekniknya, inshaaAllah jadi dengan jayanya!😊

Sambil menggoreng Donut, datang beliau mengintai-gintai..😂
Kata beliau, "kuih gallang ka itu, ko goreng..? Aku cakap, "iya.. "
Beberapa minit kemudian, datang lagi beliau ku masuk dapur, "ada sudah masak ka..? Aku cakap, "ya, ada sudah. Bah beliau pun, mintalah dua biji. Aku pun, bagilah Donut dua biji.
Admin tiba-tiba cakap, "bukannya bapa ndak makan telur ka..? Beliau ku pun, buat muka blurr..😂 sebiji jak dimakannya.

Kata beliauku,"lembut betul dan bagus dimakan." Aku pun, senyum jak la, sambil mengoreng donut. Dalam hati, "Yes, aku dah berjaya buat Donut! Alhamdulillah.


Tempahan diterima melalui whatsapp:018-2611205 sahaja.

#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

No comments:

Post a Comment