hadia cakes house

"Begin with Bismillah" HADIA CAKES HOUSE Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam Melaka Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,whatsapp 017-606-2541.

Monday, 25 March 2019

Donut terbaik HADIA CAKES HOUSE!

MasyaAllah...Tabarakallah..

Inilah pertama kali, admin buat Donut selembut dan secantik ini. Rasanya, inilah donut yang terbaik yang pernah admin buat. (maaf ya, kalau korang rasa nak muntah baca ayat admin)😂

Selama ni, berapa kali admin nak masuk kelas donut untuk tambah ilmu. Ada saja halangan dan masa yang tidak sesuai. Tapi sekarang alhamdulillah, rasanya tak perlulah admin masuk kelas untuk belajar buat donut.😁

Hanya uli tangan dan tahu tekniknya, inshaaAllah jadi dengan jayanya!😊

Sambil menggoreng Donut, datang beliau mengintai-gintai..😂
Kata beliau, "kuih gallang ka itu, ko goreng..? Aku cakap, "iya.. "
Beberapa minit kemudian, datang lagi beliau ku masuk dapur, "ada sudah masak ka..? Aku cakap, "ya, ada sudah. Bah beliau pun, mintalah dua biji. Aku pun, bagilah Donut dua biji.
Admin tiba-tiba cakap, "bukannya bapa ndak makan telur ka..? Beliau ku pun, buat muka blurr..😂 sebiji jak dimakannya.

Kata beliauku,"lembut betul dan bagus dimakan." Aku pun, senyum jak la, sambil mengoreng donut. Dalam hati, "Yes, aku dah berjaya buat Donut! Alhamdulillah.


Tempahan diterima melalui whatsapp:018-2611205 sahaja.

#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Sunday, 17 March 2019

Bomboloni Nutella

Sebelum ni, admin ada buat Bomboloni Creamy Butterscotch. Yang ni pula, Bomboloni Nutella.
Makin seronok admin, buat Bomboloni ni.😆 Dah la montok, gebus, lembut, sedap lagi😋
Kalau makan satu, pasti tak cukup!😋😀




Wednesday, 13 March 2019

Hasil dari join PJJ Online Berbayar HADIA CAKES HOUSE.

Alhamdulillah
Hasil dari join PJJ Online Berbayar HADIA CAKES HOUSE.

Dapat juga, pelajar buat Donut yang cantik, gebu dan menarik ditengok.😍 Walaupun hanya belajar melalui online, dapat juga buat yang terbaik!

Yang berminat nak belajar, Donut, Bomboloni dan Roti, boleh whatsapp 018-2611205.







-Ummi Umair
HADIA CAKES HOUSE 🎂
#beginwithbismillah #hadiacakeshouse #bakermuslimah

Monday, 11 March 2019

Cucur Jawa Gula Merah

Kuih ni, korang panggil apa..? Cucur Jawa? Penyaram? Jompo-Jompo? Atau ada nama lain lagi..?😊
Kalau admin, biasanya panggil Jompo-Jompo.😆 Kalau disemananjung pulanya, biasanya orang panggil Cucur Jawa😊

Dulu admin, tak pandai buat ni kuih. Jadi lempeng jadinya..😂
Rasanya sedap dan tak muak dimakan.

Korang yang nak tempah untuk sebarang majlis atau untuk makan sendiri, boleh whatsapp: 0182611205 admin ya..💗






#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Wednesday, 6 March 2019

Cucur Jawa Pandan

Asslamualaikum..Salam Jumaat, followers Hadia Cakes House..😘

Kuih ni, korang panggil apa..? Cucur Jawa? Penyaram? Jompo-Jompo? Atau ada nama lain lagi..?😊
Kalau admin, biasanya panggil Jompo-Jompo.😆 Kalau disemenanjung pulanya, biasanya orang panggil Cucur Jawa😊

Dulu admin, tak pandai buat ni kuih. Jadi lempeng jadinya..😂
Rasanya sedap dan tak muak dimakan.

Korang yang nak tempah untuk sebarang majlis atau untuk makan sendiri, boleh whatsapp: 0182611205 admin ya..💗





#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Saturday, 2 March 2019

Bomboloni Creamy Butterscotch

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Syukur jadi juga buat, Bomboloni yang ada ringnya. kejadiaannya pun sangat cantik.😍

Bomboloni? Apa tu? Hah..! Korang search sahaja di google, ok. Korang tau la apa tu, Bomboloni.😊
Bagi admin, rasanya lebih sedap daripada Donut. Tapi Donut pun sedap, kalau ada toppingnya.
Bomboloni yang sangat lembut, empuk, montok dan gebusss.😁

Bomboloni cantik, kalau ada ringnya. Begitu juga dengan Donut. Dulu tak kisah, ada ring atau pun tidak. Tapi bila tengok orang buat yang ada ringnya, sangat cantik ditengok lembut dan gebusss!!

Pernah juga admin buat sekali. Tapi tak secantik yang ini. Lembut juga, tapi ringnya tiada. Admin goreng pun, terlalu keperangan. Hasilnya tidak cantik. Kena pandai kawal suhu, untuk dapatkan gorengan yang cantik.

Bomboloni ni, tidak juga susah dibuat kalau dah ada ilmu. Dan kena juga yakin, yang kau boleh buat!😀