hadia cakes house

"Begin with Bismillah" HADIA CAKES HOUSE Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam Melaka Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,whatsapp 017-606-2541.

Monday, 4 January 2021

Tempahan kek & kuih

Customer dari Kuantan, Pahang. Buat reunion family kat Melaka. Macam biasa, customer jumpa Instagram Ummi.  Sekali order memang banyak.. 😍

Bingka Pandan 
Kek Onde-Onde
Choc Indulgance 
Kek Sarang Semut
Kek Batik Cheese Indulgance 

Alhamdulillah 
Thanks order ❤




















#beginwithbismillah #hadiacakeshouse #bakermuslimah #bakermelaka #cakemelaka #keksedap #kuihsedap #ChocIndulgance #bingkapandan #keksarangsemut #kekondeonde #tempahan #Reunion2020 #reunionfamily

Friday, 1 January 2021

Nona Manis Pandan & Jagung | CreamPuff Custard

 Tempahan semalam. Tempahan pertama di tahun baru 2021 😍

Nona Manis mix Pandan & Jagung
CreamPuff Custard 

Alhamdulillah 
Thanks order ❤








beginwithbismillah #hadiacakeshouse #bakermuslimah #bakermelaka #nonamanismelaka #nonamanispandan #nonamanisjagung #nonamanismix #nonamanissedap #creampuffsedap  #creampuffcustard #dessert #tempahan2021

Saturday, 26 December 2020

10 Tips cara dapatkan Tempahan

 Screenshot ni, lama dah Ummi simpan. Dari tahun 2019 kalau tak silap. Yang bertanya ni pun, rakan facebook Ummi. Tapi Ummi tak ingat dah nama facebook dia. Maklumlah, ramai sangat rakan facebook. 

Jujur ya Ummi cakap, kebanyakkan memang customer Ummi ramai dari Instagram. Walaupun di Instagram tak banyak yang like, memang fokus Ummi nak cari pelanggan kat Instagram. Rajin post kat Instagram walaupun kadang ada rasa malas. Group facebook yang Ummi join, kebanyakkan customer beli Kek Cheese Leleh. 

Whatsapp story memang Ummi jarang post jualan atau tempahan. Ummi tak berminat sangat. Yang Ummi aktif, facebook personal (Ummi Umair) page (HADIA CAKES HOUSE) Instagram (hadiacakeshouse) Blog (hadiacakeshouse.blogspot.com). 

Ok, disini Ummi nak share tips macam mana nak dapatkan tempahan atau jualan yang korang jual. Walaupun tak banyak sangat dapat tempahan, Alhamdulillah tempahan sentiasa ada. 

1. Pertama rajin post apa yang korang jual. Walaupun tak banyak yang like atau komen tetap rajin post. 

2. Join group sebanyak yang mungkin, sekitar tempat korang tinggal. 

3. Ambil gambar yang cantik dan jelas. Dan pelbagai posisi. 

4. Tempahan banyak atau sikit tetap post. 

5. Kalau korang nak post kat Instagram, ini adalah rahsia macam mana orang seluruh dunia boleh tengok dan cari korang punya post. Rahsianya adalah guna sebanyak mungkin "#" #, ok. Tapi pastikan Instagram korang public ya. Di Instagram ni, orang guna "#" untuk carian tau. Guna "#" yang berkaitan dengan jualan korang.

6. Rajin komen dan like status rakan facebook korang.  Bila status korang dah di komen dan like, balas. Jangan biarkan komen tu berhari-berhari, berminggu-minggu tak dibalas, kesian rakan tu. Dia komen dan like, tanda dia suka dan menyokong apa korang post. Kalau taknak balas balik komen tu, lebih baik privatekan status tu 😅

7. Bila ada customer whatsapp, jawab dengan mesra dan sopan. Bagi emoji senyum (😊) Ummi selalu buat macam ni. Walaupun, kadang ada customer langsung tak bagi emoji senyum. Kadang ada juga Customer lebih ramah. Macam dah lama kenal. Ummi pun, layan je.

8. Bersihkan wall korang daripada tagging yang bermacam-macam. Serabut tau tengok. Nak cari status korang yang asal pun, susah. Kalau boleh korang pergi bahagian setting dan offkan. Supaya tak ada lagi makhluk yang sesuka hati tag korang. Mungkin ada yang selalu stalker facebook korang dan berkenan dengan apa yang korang jual. InsyaAllah ada tempahan masuk. 

9. Kalau boleh, rajin bangun malam untuk tahajjud. Bangun seminggu sekali ke, kalau dah biasa sikit, buat tahajjud dua atau tiga kali dalam seminggu. Dah rajin dan dah biasa buat, boleh bangun setiap hari. Minta kepada Allah apa yang korang nak. Cepat atau lambat, InsyaAllah makbul!! Solat lima waktu sentiasa jaga. Rajin mengaji dan hadiri majlis ilmu. 

10. Usaha, Doa, Tawakkal. Ada untung sikit atau banyak, sedekah dan hulur kat mak bapa. ❤

11. Ummi nak tambah satu lagi hehehee.. Bila korang nak buat tempahan kek atau kuih muih, doa dan mohon kepada Allah, semoga Allah permudahkan segalanya dan semua jadi, cantik kejadiannya dan sedap! 😋 Tak ada order masuk, bersangka baik dan banyakkan beristighfar. Jangan pandang ringan Istigfar ni, belum cuba belum tau!! 😁

Sekian tips dari Ummi Umair, 
26.12.2020.


#tips #sharetips #tipsummiumair #hadiacakeshouse #bakermuslimah #bakermelaka #shareilmu #share

Sunday, 13 December 2020

Saturday, 21 November 2020

Kek Pandan Cheese Leleh (Double Cheese & Caramel)

 Alhamdulillah
Dah restock lagi gaisss😍

Kek Cheese Leleh:
Pandan Double Cheese: RM10.00
Pandan Cheese Caramel: RM12.00

Yummy 😋

Berminat whatsapp: 018-2611205












#beginwithbismillah #hadiacakeshouse #bakermuslimah #bakermelaka #kekcheeseleleh #kekcheeselelehviral #kekcheeselelehsedap #kekcheeselelehmelaka #readystock

Thursday, 5 November 2020

Kek Buah Bakar

 Alhamdulillah Kek Buah Bakar ni, dah sampai Ampang Selangor. 😍

Orang jauh yang nak rasa, Kek Buah Bakar yang Ummi buat, bolehlah tempah. Selain Kek Buah Bakar, kek lain, boleh pos juga ya. Hanya kek tanpa krim sahaja yang boleh dipos. 😊

Alhamdulillah
Thanks order ❤

===================================

Order with deposit @ fullpayment...
Order tiga hari awal..
Order melalui whatsapp sahaja..
No DM / No PM...

Berminat nak order? Whatsapp: https://wa.me/60182611205

Ummi Umair | HADIA CAKES HOUSE
Taman Dato Tamby Chik Karim, Batu Berendam 
Terima kasih 😊






#beginwithbismillah #hadiacakeshouse #bakermuslimah #bakermelaka #kekbuahbakar #kekmelaka #keksedap #tempahan #cakemelaka #englishcake #kekuntukdipos

Sunday, 1 November 2020

Kek Cheese Leleh (Indulgence)

 Alhamdulillah
Terbaru!! Kek Pandan Cheese Indulgance!😋

Ada yang nak cuba...

RM15.00 ❗
RM15.00❗
RM15.00 ❗

❌ Bukan Freshcream
❌ Bukan Susu Cair Tin 

Berminat whatsapp: https://wa.me/message/UBXDUHT2Q737F1

 








#beginwithbismillah #hadiacakeshouse #bakermuslimah #bakermelaka #kekcheeseleleh #kekcheeselelehviral #kekcheesesedap #kekcheeselelehmelaka #readystock