hadia cakes house

"Begin with Bismillah" HADIA CAKES HOUSE Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam Melaka Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,whatsapp 017-606-2541.

Saturday, 2 March 2019

Bomboloni Creamy Butterscotch

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Syukur jadi juga buat, Bomboloni yang ada ringnya. kejadiaannya pun sangat cantik.😍

Bomboloni? Apa tu? Hah..! Korang search sahaja di google, ok. Korang tau la apa tu, Bomboloni.😊
Bagi admin, rasanya lebih sedap daripada Donut. Tapi Donut pun sedap, kalau ada toppingnya.
Bomboloni yang sangat lembut, empuk, montok dan gebusss.😁

Bomboloni cantik, kalau ada ringnya. Begitu juga dengan Donut. Dulu tak kisah, ada ring atau pun tidak. Tapi bila tengok orang buat yang ada ringnya, sangat cantik ditengok lembut dan gebusss!!

Pernah juga admin buat sekali. Tapi tak secantik yang ini. Lembut juga, tapi ringnya tiada. Admin goreng pun, terlalu keperangan. Hasilnya tidak cantik. Kena pandai kawal suhu, untuk dapatkan gorengan yang cantik.

Bomboloni ni, tidak juga susah dibuat kalau dah ada ilmu. Dan kena juga yakin, yang kau boleh buat!😀











Tuesday, 26 February 2019

ROTI ULI TANGAN

Sangat gebus dan lembut. Korang percaya tak, admin uli doh roti ni, hanya mengunakan tangan sahaja untuk mendapatkan doh yang licin dan gebu? Baik korang percaya, ok.😂

Penat? Penat tu, memang la penat. Tapi bila tengok hasilnya dan rasanya pun sedap, admin sangat puas hati dan tersenyum lebar.😊

Admin tak pernah pun, masuk kelas roti secara hands on. Admin hanya belajar, cara rounding, cara susun roti hanya melalui google, youtube, blog dan yang paling penting banyakkan membaca dan fahami setiap resepi yang ada.

Admin tipulah, kalau admin tak pernah buat roti keras.😂 ehhh..mestilah pernah. Itu pertama kali admin cuba buat roti. Kerasnya macam biskut dan rangup. Rasanya admin tersalah letak, "softener". Bila admin baca balik label "softener", rupanya untuk biskut, bukannya untuk roti.😂 Tak pasal-pasal, roti jadi rangup.

Tapi roti yang admin buat ni, admin tak letak pelembut roti tau. Admin hanya uli hingga gebu dan licin sahaja. Alhamdulillah, ianya sangat lembut. Walaupun dah bermalam, ianya masih lembut. Cara penyimpanan yang betul juga, akan membuat roti sentiasa dalam keadaan lembut.

Jujur admin katakan, roti yang admin buat tak pernah sampai tiga hari dah habis. Itu yang membuatkan admin tambah semangat buat roti, walaupun hanya uli menggunakan tangan sahaja.😁
Alhamdulillah..dengan kesilapan dan pengalamanlah, yang membuatkan kita jadi mahir buat sesuatu.

Yang penting, jangan berhenti untuk terus belajar dan jangan putus asa, ok.
Sedap bah roti ni, kalau dicicah dan diminum bersama kopi O dan teh O. Yummy!😋

Korang boleh komen tak, macam mana roti, yang admin buat ni..?
























#beginwithbismillah #hadiacakeshouse #norecipe

Wednesday, 20 February 2019

Anniversary cake, Turkish Indulgence. Happy Birthday Cake, Marshmallow Cake.

Alhamdulillah.
Anniversary cake, Turkish Indulgence. Happy Birthday Cake, Marshmallow Cake.
Pertama kali, guna fondant. Sangat mudah dibentuk dan dicanai. Hasilnya pun, sangat cantik! 😍

Terima kasih Puan جوماريه لامين, kerana hadiahkan pencetak huruf. Lain kali, kalau shopping dekat Shopee, belikan lagi ya..😜😅

Korang yang nak tempah kek, ataupun jika ada sebarang pertanyaan boleh whatsapp admin ya.💕

#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Friday, 8 February 2019

Orange Cake

 Sangat lembut, gebu dan sedap!😋
Admin suka buat kek macam ni. Sangat mudah dan cantik sangat kejadiaannya.

Siapa suka makan kek macam ni..?

Kek tanpa krim. Boleh la, order ok. Whatsapp saja, no. Admin..😊