hadia cakes house

"Begin with Bismillah" HADIA CAKES HOUSE Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam Melaka Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,whatsapp 017-606-2541.

Saturday, 15 December 2018

Wednesday, 21 November 2018

Tuesday, 13 November 2018

Korang memang dah boleh, jadi seorang baker!

Kata orang, bukan admin yang kata ya.
Katanya, kalau korang dah pandai dan berjaya buat asas kek, tak kiralah, sponge kek ke, moist kek ke,
dan tidak jadi seperti dibawah..
Korang memang dah boleh, jadi seorang baker!😍😂
-Tidak bantat,
-Tidak jadi macam kuih bingka
-Tidak berlubang tengah
-Bawah kek tidak keras atas kek pula gebu dan lembut
-Yang penting tidak hangus 😂
Sebenarnya yang paling susah dibuat, adalah sponge kek ataupun nama glamournya kek span.
Korang jika nak buat kek span, kena ada ilmu macam mana nak buat kek tersebut.
Bukannya korang dah ada resepi, dan terus nak buat, silap haribulan korang punya kek masuk dalam tong sampah dan korang pun rasa nak nangis ditepi oven!😂
Begitu juga sebaliknya, bila dah jadi korang rasa nak senyum hingga ke telinga dan ingin menari-nari ditepi oven!😂
Admin pun sebenarnya pernah juga buat kesilapan. Bila buat kesilapan admin memang rasa kecewa sangat. Tapi tu la, kesilapanlah yang mengajar kita dan membuatkan kita jadi orang yang pandai dan tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama!😊
Admin,📝
Ross Ramin🌹

Cheese Leleh pelbagai perisa!

Open Order👉 Jom Order👉 Open Order👉 Jom Order!
😊
Cheese Leleh pelbagai perisa!
Boleh pilih, nak perisa apa:
Strawberry Cheese Leleh!
Pandan Cheese Leleh!
Vanila Cheese Leleh!
Yam Cheese Leleh!

Tekstur dalam kek ni, sangat lembut dan gebu, ok!
Size: 8'inch
Berat: 1.8++

In Shaa Allah..semuanya sedap-sedap belaka!
Sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh whatsApp http://www.wasap.my/0182611205

Saturday, 3 November 2018

Kek Batik. Sedap Bah!


Kek yang sangat mudah bila dibuat.  Rasanya, memang sangat sedap!😋 Yummy😋

Coklatnya memang banyak. Bila dimakan, memang sangat puas hati! Kalau sejuk-sejuk, lagi la sedap dimakan.

Untuk tempah: Whatsapp 018-2611205

Sedap Bah, kek ini!






#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Sunday, 21 October 2018

Friday, 28 September 2018

Brownies yang sangat sedap!

Masih setia dengan resepi yang sama. Tak pernah tukar, dengan resepi yang lain.
Brownies ni, ada rasa Tiramisu. Tu yang membuatkan kita rasa nak makan je.😋 Ditambah lagi dengan Almond dan Nutella, menambahkan lagi kesedepannya!😋 Ya Allah, sedapnya!
Sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh whatsapp, admin ok!💗
Orang kata Brownies ni, kalau berkedut diatasnya, jadi dan cantik dipandang.😍

Bila berkedut, seronok juga tengok kejadiaannya.😊

Cantik dan berkedut pun, bila dah dihias tak nampak juga pun, kedutnya..😂






Wednesday, 22 August 2018

Berkongsi ilmu di Kalimantan.

Admin ni, bukannya pandai sangat pun buat kek. Apa lagi nak deco kek. Banyak lagi yang perlu, dipelajari.

Admin berkongsi ilmu dan mengajar apa yang admin tahu.
Rasa malu nak mengajar pun ada. Takut tak menjadi.😅 Dimulakan dengan Bismillah, zikir, selawat dan doa dalam hati, berusaha dan tawakkal!

Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan. Walaupun peralatan dan bahan buat kek tak lengkap, admin hanya mengunakan peralatan yang tersedia di dapur sahaja.

Admin bakar kek, guna oven manual yang mengunakan gas. Yang orang dulu-dulu guna. Lepa kek, admin guna pisau sahaja untuk meratakan cream. Jug air pula, admin guna sebagai turntable untuk memudahkan melepa kek. Board kek pula, mengunakan bekas kukusan sahaja.😅 Guna je la, apa yang ada, janji kek jadi dan berupa kek.😂

Alhamdulillah, kek pun habis dimakan bersama teh O panas. Ditambah lagi dengan cuaca yang sangat panas membuatkan tubuh berpeluh-peluh. Huh!

Apa-pun Kalimantan tempat berkumpul setelah lama berpisah. Tempat yang cukup mengembirakan dan membahagiakan. Walaupun ianya tempat yang sangat jauh, dengan menaiki kenderaan yang silih berganti, membuatkan diri begitu letih dan lelah.😊 In Shaa Allah, ada rezeki dan panjang umur akan datang lagi kesana!💗

Buat Bu Asma, semoga terus sukses dan teruskan belajar, belajar dan belajar apa yang dipelajari, hingga dapat buat bunga dan kek yang cantik dan kemas!

Admin,
Ross Ramin🌹


#beginwithbismillah #hadiacakeshouse