Admin ni, bukannya pandai sangat pun buat kek. Apa lagi nak deco kek. Banyak lagi yang perlu, dipelajari.
Admin berkongsi ilmu dan mengajar apa yang admin tahu.
Rasa malu nak mengajar pun ada. Takut tak menjadi.
😅 Dimulakan dengan Bismillah, zikir, selawat dan doa dalam hati, berusaha dan tawakkal!
Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan. Walaupun peralatan dan bahan
buat kek tak lengkap, admin hanya mengunakan peralatan yang tersedia di
dapur sahaja.
Admin bakar kek, guna oven manual yang mengunakan
gas. Yang orang dulu-dulu guna. Lepa kek, admin guna pisau sahaja untuk
meratakan cream. Jug air pula, admin guna sebagai turntable untuk
memudahkan melepa kek. Board kek pula, mengunakan bekas kukusan sahaja.
😅 Guna je la, apa yang ada, janji kek jadi dan berupa kek.
😂
Alhamdulillah, kek pun habis dimakan bersama teh O panas. Ditambah
lagi dengan cuaca yang sangat panas membuatkan tubuh berpeluh-peluh.
Huh!
Apa-pun Kalimantan tempat berkumpul setelah lama berpisah.
Tempat yang cukup mengembirakan dan membahagiakan. Walaupun ianya tempat
yang sangat jauh, dengan menaiki kenderaan yang silih berganti,
membuatkan diri begitu letih dan lelah.
😊 In Shaa Allah, ada rezeki dan panjang umur akan datang lagi kesana!
💗
Buat Bu Asma, semoga terus sukses dan teruskan belajar, belajar dan
belajar apa yang dipelajari, hingga dapat buat bunga dan kek yang cantik
dan kemas!
Admin,
Ross Ramin
🌹
#beginwithbismillah #hadiacakeshouse