hadia cakes house

"Begin with Bismillah" HADIA CAKES HOUSE Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam Melaka Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,whatsapp 017-606-2541.

Tuesday, 4 February 2020

Cheese Tart Blueberry & Cheese tart Double Choc

#repost Tempahan hari ini😍

Cheese Tart Blueberry, 1 kotak, 25 biji
Cheese Tart Chocolate, 1 kotak, 25 biji

Minggu ni, Ummi masih ambil tempahan Cheese Tart. Yang berminat nak tempah, tempah awal-awal, ok..

Sebarang pertanyaan dan tempahan whatsapp Ummi, ya. Jangan PM. Terus sahaja whatsapp..😊

Ummi Umair 🍩
HADIA CAKES HOUSE 🍰
Alhamdulillah. Order With Deposit!πŸ’—



Saturday, 1 February 2020

Rezeki yang tidak disangka-sangka

Kenangan, 27 Ogos 2019
(TV3, Wanita Hari Ini (WHI) 

Status ni, dah lama post difacebook. Hari ini, saya repost dan simpan disini buat kenangan.

"Minggu lalu, Ummi dapat panggilan dari pihak TV3. Ummi tak sangka, Ummi akan dapat tawaran untuk buat demo di slot Wanita Hari Ini (WHI) TV3.

Syukur sangat-sangat. Rezeki yang tidak disangka-sangka. Tak pernah sedikit pun, dalam kepala Ummi terfikir nak muncul dikaca tv. Rasa Ya Allah..rasa syukur sangat-sangat dibagi peluang yang sangat berharga ini.

Bila dah berbincang dengan suami,  Alhamdulillah suami bersetuju. Mengambil masa lama jugalah, suami buat keputusan. Walaupun pada mulanya suami rasa berat untuk terima tawaran ini.

Alhamdulillah suami banyak sangat membantu membuat persiapan walau sibuk dengan kerja.

Begitu juga dengan keluarga banyak memberi sokongan untuk menerima tawaran ini. Ummi rasa makin bersemangat! πŸ’ͺ

Mohon doa sahabat semoga urusan ini Allah permudahkan segala-galanya. InshaaAllah, Aamiin.


Demo Cucur Jawa Gula Merah
Alhamdulillah. Semalam dah selesai semuanya. Debaran didada pun dah hilang.

Walaupun semalam perjalanan agak kelam-kabut, hujan lebat dan sesat mencari Sri Pentas TV3. Berkali-kali pusing tempat yang sama, Alhamdulillah akhirnya sampai juga.

Tak pernah terlintas difikiran nak jejakkan kaki disini.

Ummi nak kongsi doa yang Ummi kadang baca kalau teringat. Doa ni, dekat sebulan juga Ummi amalkan selepas solat atau luar solat.

Ummi siap buat wallpaper lagi kat lockscreen handphone Ummi. Bila Ummi nak buka handphone, Ummi akan baca dalam hati doa ini.

Selain amalkan doa ini banyakkan juga beristighfar. InshaaAllah, rezeki sentiasa ada dan tidak putus-putus.

Yang lebih power lagi, korang akan dapat rezeki yang tidak disangka-sangka yang menjangkau akal fikiran korang. Jom beramal.😊

Ummi Umair 🍩
HADIA CAKES HOUSE 🍰