hadia cakes house

"Begin with Bismillah" HADIA CAKES HOUSE Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam Melaka Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,whatsapp 017-606-2541.

Sunday, 17 December 2017

Apam Gula Hangus

Suka pula, admin buat kuih kecil molek macam ni.😍

Kuih comel ni, namanya Apam Gula Hangus. Nama je hangus, tapi sebenarnya tak hangus pun. 😂
Sebenarnya, gulanya dimasak hingga perang, bukannya hingga hangus. Hangus disini, kategori hangus yang boleh dimakan. Bukannya hangus yang hitam legam.😂

Tapi orang panggil kuih ni, Apam Gula Hangus, kenapa bukan Apam Gula Perang..😅

Kuih comel ini, sangat sesuai untuk doorgift majlis kawin, aqiqah, dan lain-lain majlis.

Ianya sangat lembut dan gebu. Alhamdulillah, rasanya juga sedap. Tak muak dimakan.
Sebarang pertanyaan dan tempahan, whatsapp 018-2611205.






#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Saturday, 9 December 2017

Nona Manis Pandan

Nona Manis Pandan. Admin suka yang ni, Perisa Pandan. Rasanya cukup sedap dan wangi.
Makan sejuk-sejuk, sangat sedap!

Kuih ni, bila pertama kali buat, memang terasa leceh. lebih-lebih lagi, yang bahagian tengah yang berwarna putih. Nak dapatkan bentuk, yang bulat dan kemas tu yang susah!

Bila tengok orang buat, admin pun rasa nak buat juga. Alhamdulillah, dapat jugalah buat yang terbaik dan sedap mata memandang.
😊
Nak tempah untuk sebarang majlis, bolehlah whatsapp sahaja ya. Sekotak 23 biji. Nak tempah lebih pun boleh.😊

#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Wednesday, 6 December 2017

Nona Manis Coklat

Selamat pagi, followers Hadiacakeshouse!

Pagi ni, admin belanja gambar Kuih Nona Manis Coklat. Rasanya yang sedap dan lemak-lemak manis gitu..😊 Makan sejuk-sejuk, lagilah sedap!

Kuih ni, kalau makan satu, pasti tak cukup. Pasti nak makan lagi dan lagi!😀

Hah! Jika korang tak suka makan Perisa Pandan, bolehlah tempah perisa coklat. Admin ambil tempahan sekotak 22 biji sahaja ya. Nak lebih pun boleh! Kalau nak jual, 2, 3 biji tak dapatlah ya.

Sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh whatsapp 018-2611205 (Whatsapp sahaja).

#beginwithbismillah #hadiacakeshouse