hadia cakes house

"Begin with Bismillah" HADIA CAKES HOUSE Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam Melaka Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,whatsapp 017-606-2541.

Sunday, 17 December 2017

Apam Gula Hangus

Suka pula, admin buat kuih kecil molek macam ni.😍

Kuih comel ni, namanya Apam Gula Hangus. Nama je hangus, tapi sebenarnya tak hangus pun. 😂
Sebenarnya, gulanya dimasak hingga perang, bukannya hingga hangus. Hangus disini, kategori hangus yang boleh dimakan. Bukannya hangus yang hitam legam.😂

Tapi orang panggil kuih ni, Apam Gula Hangus, kenapa bukan Apam Gula Perang..😅

Kuih comel ini, sangat sesuai untuk doorgift majlis kawin, aqiqah, dan lain-lain majlis.

Ianya sangat lembut dan gebu. Alhamdulillah, rasanya juga sedap. Tak muak dimakan.
Sebarang pertanyaan dan tempahan, whatsapp 018-2611205.






#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Saturday, 9 December 2017

Nona Manis Pandan

Nona Manis Pandan. Admin suka yang ni, Perisa Pandan. Rasanya cukup sedap dan wangi.
Makan sejuk-sejuk, sangat sedap!

Kuih ni, bila pertama kali buat, memang terasa leceh. lebih-lebih lagi, yang bahagian tengah yang berwarna putih. Nak dapatkan bentuk, yang bulat dan kemas tu yang susah!

Bila tengok orang buat, admin pun rasa nak buat juga. Alhamdulillah, dapat jugalah buat yang terbaik dan sedap mata memandang.
😊
Nak tempah untuk sebarang majlis, bolehlah whatsapp sahaja ya. Sekotak 23 biji. Nak tempah lebih pun boleh.😊

#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Wednesday, 6 December 2017

Nona Manis Coklat

Selamat pagi, followers Hadiacakeshouse!

Pagi ni, admin belanja gambar Kuih Nona Manis Coklat. Rasanya yang sedap dan lemak-lemak manis gitu..😊 Makan sejuk-sejuk, lagilah sedap!

Kuih ni, kalau makan satu, pasti tak cukup. Pasti nak makan lagi dan lagi!😀

Hah! Jika korang tak suka makan Perisa Pandan, bolehlah tempah perisa coklat. Admin ambil tempahan sekotak 22 biji sahaja ya. Nak lebih pun boleh! Kalau nak jual, 2, 3 biji tak dapatlah ya.

Sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh whatsapp 018-2611205 (Whatsapp sahaja).

#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Sunday, 26 November 2017

Mango Cheese Cake

#throwback Dua minggu yang lalu, punya cerita. Baru hari ini, dipost. 😊

Mango Cheese Cake! Permintaan daripada pengantin baru. 😍
Iaitu adik saya, yang manis lagi cantik!😅
 
Semoga menjadi, isteri yang solehah dan penyejuk hati suami.😊

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
“Barakallahu laka, wa baraka ‘alayka wa jama’a baynakuma fii khayr.”
Artinya: “Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang maupun susah dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan.” (HR. Abu Dawud)

Selamat pengantin baru!
Semoga berkekalan, hingga ke Jannah!

#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Seri Muka Pandan

Assalamualaikum..

Taaraaa..! Cantik tak? Siapa tau, nama kuih ni?

Biasa orang buat, dalam loyang empat segikan.

Kali ni, admin cuba buat kelainan dengan mengunakan acuan Puding.
Kalau guna acuan ni, nak potong pun senang dan bentuknya pun cantik!😍

Admin ni, suka mencuba dan membuat kek, kuih dan lain-lain. Kalau rasanya sedap, bolehlah admin jual.

Jika ada yang berminat, nak tempah untuk kenduri dan sebarang majlis bolehlah whatsapp ya..018-2611205.

Jika nak tempah, tempahlah kek dan kuih yang admin pernah upload gambar di Page atau Instagram. Jangan tempah yang admin belum pernah buat. ok!

#beginwithbismillah #hadiacakeshouse

Wednesday, 22 November 2017

KEK BUAH BAKAR


Resepi baru. Percubaan pertama. (resepi ni, lebih kurang sama dengan yang biasa saya guna. Tapi resepi ini ada bahan tambahan supaya ianya lebih moist.)

Alhamdulillah, sangat cantik kejadiaannya. Sangat moist dan lembut. Setiap gigitan terasa buahnya.
Kek ni, kek kegemaran @hadiacakeshouse sekeluarga. Orang cakap, hanya orang tua-tua sahaja yang suka makan kek ni.

Tapi sebenarnya tidak. Kanak-kanak pun suka makan, katanya sedap!😋
Minum bersama Teh O hangat, lagilah sedap!

Jika ada yang berminat nak tempah, boleh whatsapp nombor 018-2611205.

Berat kek: 2.2 kg
Masa dibakar: 2 jam 20 minit.

#beginwithbismillah #hadiacakeshouse