hadia cakes house

"Begin with Bismillah" HADIA CAKES HOUSE Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam Melaka Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,whatsapp 017-606-2541.

Monday, 5 December 2016

Hari ini, belajar menulis mengunakan buttercream. Sakit juga tangan ni, dibuatnya. Ingatkan senang, sekali cuba susah juga ya, nak belajar buat tulisan yang cantik. Tapi seronok juga, dapatlah tengok hasil tangan sendiri hehehe.. Disini saya kongsi, tulisan  yang saya buat. Taklah cantik sangat, tapi bolehlah kan...  

Percubaan pertama. Macam mana, ok tak?
percubaan kedua. Banyak kali salah tulis ayat, menguji kesabaran betul! Nasib boleh dipadam. Macam mana, kalau kek yang ditempah oleh pelangggan, habis rosak kek orang hehehe..
Percubaan ketiga. Tulisan senget..hehehe..

percubaan keempat. Boleh la..

percubaan kelima. Ada kemas sikit lah..

percubaan keenam. Kena belajar lagi..


percubaan ketujuh. Alhamdulillah..tak lah teruk sangatkan?


Wednesday, 23 November 2016

Donut lagi...donut lagi..


💚Alhamdulillah.
🍩Donut Colourfull!
💗Kanak-kanak pasti suka. Bukan kanak-kanak sahaja suka, orang dewasa pun pasti suka!
😍Berminat?📱 Whatsapp👉 018-2611205
Boleh pilih:
🍩Donut CreamCheese +Nestum
🍩Donut Creamheese + Coklat Rice
🍩Donut CreamCheese + Parutan Keju Cheddar
🍩Donut topping Chocolate
💰Harga lain-lain.





Donut lembut lagi gebu..yummy!!

💚Alhamdulillah.
🍩Donut Colourfull!
💗Kanak-kanak pasti suka. Bukan kanak-kanak sahaja suka, orang dewasa pun pasti suka!
😍Berminat?📱 Whatsapp👉 018-2611205
Boleh pilih:
🍩Donut CreamCheese +Nestum
🍩Donut Creamheese + Coklat Rice
🍩Donut CreamCheese + Parutan Keju Cheddar
🍩Donut topping Chocolate
💰Harga lain-lain.



Donut pertama saya















Monday, 21 November 2016

Kisah Saya Dan Kek

BISMILLAH..
Kek percubaanku, sebelum saya betul-betul berkecimpung dalam bidang perniagaan kek. Saya akan cuba resepi dan buat terlebih dahulu, baru saya akan jual. Jika sedap saya jual, jika tidak, saya sesekali tak akan jual dan melupakan resepi tersebut.  Alhamdulillah..saya mendapat respon yang positif dari keluarga saya yang tersayang, yang sudah mencuba setiap kek yang saya buat. Merekalah juri saya, pemberi komen, jika ada yang terlebih ataupun yang kurang dalam kek yang saya buat.

Mereka juga yang mendorong saya, untuk memulakan perniagaan menjual kek ini. Dan saya mendapat restu dari MyLOVE (suami) untuk memulakan perniagaan kek ini. Sebagai seorang isteri, apapun yang ingin kita buat, kita haruslah meminta izin dan restu suami agar Allah redha apa yang kita buat.

Dan saya juga, begitu minat dan suka sangat buat kek, ketika saya rasa bosan dan ingin merasa dan mencuba resepi baru yang telah dikumpul daripada pelbagai sumber dan hasil pergi belajar dengan chef yang pakar dalam pembuatan kek pada tahun 2014.

Disini saya ingin beritahu kepada pengikut HADIA CAKES HOUSE dilaman sosial. Saya tidak berkongsi resepi, saya hanya berkongsi gambar kek yang saya buat dan yang saya jual. Sebab kenapa saya tak nak berkongsi resepi? Saya tiada masa nak menaip resepi yang sangat panjang dan membuat tutorial semasa pembuatan kek. Ianya mengambil masa yang sangat panjang untuk menyiapkan satu resepi. Dan satu lagi, sekiranya korang buat kek mengikut resepi yang saya bagi, dan tak menjadi, pasti yang disalahkan pemberi resepi tersebut. Iyakan...?  (Ini bukan pengalaman, tapi hasil perhatian dan pembacaan dilaman sosial.) Kesian orang yang ikhlas berkongsi resepi, dikutuk dan dimaki hamun sebab resepi yang dicuba tak menjadi seperti yang diinginkan. Panjang pula, aku membebel ni...hihihi

Sekiranya nak tahu, tip cara buat kek yang betul, In Shaa Allah...saya akan bantu, apa yang termampu dan apa yang saya tahu. Saya ni, bukannya pakar pun, nak mengajar korang..eehehhe. Apa-apa pun kena banyak membaca dan cari ilmu dalam bidang yang kita suka dan minat.

Itu sajalah, untuk hari ini. Disini saya sertakan gambar kek yang saya pernah buat hasil jari jemariku sendiri. Jom kita cuci mata dulu, tengok gambar kek, yang biasa-biasa dimata korang dan luar biasa dimata saya sendiri...heheheeh..


Carrot Cheese Cake

Rusian Black & White Cake

Moist Red Velvet Cheese Cake

Pandan Cheese Leleh

Indulgance Cake

Carrot Cheese Cake with Caramel

Rusian Black & White Cake

Kek Caramel Pelangi

Rainbow Cheese Cake

Pandan Cheese Cake

Indulgance Cake


Sebenarnya, saya ni tak lah pandai sangat menulis. Saya budak baru belajar, jika ada yang salah dalam penulisan saya, saya minta maaf dan sila beri tunjuk ajar. :)  Saya harap, korang suka baca apa yang saya tulis.


Puding Caramel Chocolate Cake

Alhamdulillah...Hasil jari jemariku. Cantik dipandang. Apa apa pun.. sesungguhnya ciptaan Allah lebih cantik dan sempurna daripada hambaNya yang hina lagi kerdil ini.

Kek sweet-sweet pahit gitu.. tapi sedap tau! Sesuai untuk orang yang tak suka makan kek yang banyak krim. Dan sesuai juga, untuk di hadiahkan buat mak-mak kita yang tersayang, sempena mengingati hari bahagia mereka..


Puding Caramel Chocolate 
Dibuka untuk tempahan
Sebarang pertanyaan dan tempahan whatsapp:👉018-2611205







Suka sangat tengok kek ni. Tak jemu mata ni, memandangnya.. :)